Wednesday 31 October 2012

TANGGUNGJAWAB ISTERI


Sumbangan: Hasreena Abdul Rahman

TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnya sendiri.

Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh setiap  orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andaikan suami menyuruhnya melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.

Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara berdurhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)

Setelah menikah, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin dari suami.

Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal) 

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatirkan si isteri tidak dapat melayani kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

MELAYANI SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayani kehendak suami dengan baik. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayani kehendak suaminya.

Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayani ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mencegah termasuk kedalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya. 

MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk beristirahat yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi uang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak menghambur-hamburkan uang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berhemat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan. 

Tanggungjawab Bersama
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyediakan segala urusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja di rumah. Dengan adanya kerjasama dari kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARTABAT DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga martabat dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, berkunjung sanak saudara atau keluar, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian serta berkelakuan baik. Si isteri perlu menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya dari segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Ahzab: 59)

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa saja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah dari si suami yang melebihi dari kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil saja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.
(Imam al-Ghazzali)

Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan dandanan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wewangian yang dapat menarik perhatian si suami.

Seorang perempuan tua Arab menasihatkan anaknya pada hari pernikahannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)

PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diartikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghibur hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang demikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu karena ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berdiskusi untuk  kebaikan bersama. Diskusi lebih baik dari bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak saja. Malah, dengan diskusi juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebaikan.

Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk pekerjaan  rumah. Dalam hal  begini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya pekerjaan  dapat dilaksanakan dengan cepat. Apabila seorang dari mereka melakukan perkara yang diharamkan, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalangi pasangan masing-masing dari melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebaikan.

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana pernikahan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.

Salah satu hikmah menikah ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjamaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjamaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda dari solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjamaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha segala upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahwa pernikahan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan asas dalam pembinaan sebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

BIBLIOGRAFI
Amir Abdul Rahman (1990). Pengantar Tamadun Islam. Kuala Lumpur: DBP Haron Din (1991) Manusia dan Islam: Jilid Dua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid (1993). Kursus Pernikahan dan Undang-undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Dasar Padu Sdn. Bhd. Muhammad Abdul Rauf (1994). The Islamic Family: General View. Kuala Lumpur: DBP & Ministry of Education. Hj. Kamaluddin M. Zin (1993, Mac). Selepas Kahwin: Suaminya Berubah. Al-Islam, 231, 7-8. Zarina Muhammad (1997). Kekeluargaan dan Kemasyarakatan, dalam Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad (1997). Tamadun Islam. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Semoga kita mendapat pengetahuan yang berguna untuk membangun sebuah institusi keluarga yang bahagia dan diredhai.

Mohon maaf atas segala kesalahan.



Monday 29 October 2012

My Infertility Story Part 1



Saya nak share dengan kawan-kawan semua, my own story of Infertility.. Saya tak reti sangat mengarang ni but hopefully you guys will enjoy my story k..

Saya berkahwin pada tahun 2005, masa tu umur 27. Sebelum kawen x pernah ada masalah period pun tup2 lepas kawen x dtg period 2 bulan.. dengan rasa gembiranya pegi la beli Urine Pregnancy Test. The result is –Negative.. Lepas dua bulan period datang.. Saya dah start pelik, what’s wrong with me?

Perkara ni akhirnya berlanjutan hingga setahun.. period gap setiap 2 bulan.. masa ni orang sekeliling dah start bertanya.. “Bila lagi kau ni?” & “Dah ada ke belum?” Hmm.. sgt2 fed up dengan soalan2 tu..

2006 - Akhirnya saya buat keputusan nak ke LPPKN untuk dapatkan rawatan.. Kena buat pemeriksaan darah, ultrasound & HSG. Husband pun kena buat sperm check.. Hasilnya.. husband saya normal dan saya yang bermasalah.. Hormon saya rendah.. dah lupa yang LH ke FSH.. dan saya xde ovulation.. that’s why period terganggu & x boleh preggy.. nasib baik Tube saya x block & xde cyst dan sebagainya...

Saya pun mulakan treatment di mana saya perlu makan pil clomiphene dan Puregon Injection. Injection tu kena buat sendiri & inject kat bawah pusat plak tu.. Saya x boleh buat sendiri.. Scary!!! My dear husband yang tolong.. Lastly diaorg bagi HCG shot & suruh ML that night..

After spending considerable amount of money, we waited nervously for my cycle to come.. Saya berdoa sgt biarlah pregnant.. Tapi, akhirnya period pun muncul.. Kami berdua sgt2 frust.. dah berhabis duit tapi tiada hasil positif.. LPPKN suruh datang balik untuk try lagi sekali.. Saya kata nak gap dulu.. relax jap.. Bila nak pegi balik macam2 halangan pulak.. time period saya asyik x sesuai je dengan jadual klinik.. last2 saya give up nak ke LPPKN..

2007 - Saya cuba cara tradisional pulak.. Berurut.. macam2 makcik dah saya jumpa.. macam2 pendapat yang saya dengar.. Tapi tiada hasil jugak.. Ada makcik yang kata saya subur x ada masalah, ada yang kata rahim banyak lemak, la, lendir la, bengkak la, sumbat la.. saya jadi pening kepala fikirkan.. mana satu yang betul.. last2 say stop urut2 lagi.. bila fikir2kan, mana diaorg tau apa sebenarnya yang jadi kat dalam rahim kita.. bukannya diaorg scan pun.. rasa2 cm tu pun dah boleh tau ke?

Saya sensitif setiap kali orang tanya & cerita pasal baby.. Kadang2 ada mulut yang xde insurans tu selamba je sound..

“Bila lagi ni? Husband kau tak reti ke? Nak aku ajarkan?” (Sungguh kurang ajar)

“Semua orang ada baby. Ayu je xde baby” (Ini dari mulut seorang perempuan beranak satu. Saya amat2 terguris dengan kata2 dia ni.. masa tu dia comparekan saya dengan member2 ofis yang kawin selepas saya.. (semua get pregnant immediately after married except me)

Ada juga yang beri kata2 semangat dan petua2.. Mama dan Mother in law saya memang amat2 memahami.. mereka tak pernah desak saya.. Cuma mereka suruh usaha lagi dan berdoa banyak2 disamping mereka pun mendoakan sekali..

2008 – Tahun ni saya memang x ada buat rawatan apa2 pun.. saya just chill je.. malas nak fikir sangat.. The pressure is still there but saya buat-buat tak reti je..

2009 – Chill lagi.. Nothing happens..

Bersambung....

Thursday 25 October 2012

My Precious Little Boy-Day 1

Rayyan Adam berumur 1 hari.. 


A Precious Little Boy
A Gift From Above
He Brings Joy To My Life
And Lots And Lots Of Love

He Has A Beautiful Smile
An Ear To Ear Grin
Oh And I Can't Forget
His Cute Little Double Chin

This Precious Little Boy
Is Growing So Fast
With Yet Another Year
Almost In The Past

Alhamdulillah... Setiap hari aku bersyukur padamu Ya Allah atas anugerahmu yang tidak ternilai harganya ini.. Insyaallah, amanahmu ini akan kujaga sebaik-baiknya.. Aminn

Wednesday 24 October 2012

Rayyan's Pneumonia Attack

Malam 17 oktober tu, saya nampak Rayyan bernafas lain macam. Nampak dada Rayyan turun naik dan dia amat-amat lemah. Asalnya dia cuma selsema dan batuk-batuk je. Dah bagi makan ubat Klinik Swasta. Ingatkan dia lemah sebab ubat so saya perhatikan saja dia malam tu.

Pada pukul 4.30 pagi, 18 Oktober, hati saya dah sedap sangat sebab nafas Rayyan berbunyi kuat. Bila minum susu macam sesak nafas. So tanpa membuang masa lagi, saya ajak hubby ke klinik 24 hours. Yang terdekat pagi adalah Hospital Lourdes. Lepas Doc periksa, dia kata banyak kahak dan Rayyan diberi Nebulizer untuk melegakan. Lepas tu nampak rayyan ok sikit. Dah mula bercakap dan nak main-main. Nafas pun tak berbunyi lagi. So lepas bagi Rayyan ubat-ubatan dia, saya dan hubby pun pergi kerje.

Ruapa-rupanya Rayyan makin lemah kat rumah... lastly my MIL call kata kita mesti pergi hospital sekarang. so kami bawa Rayyan ke Emergency Hospital Selayang. Saya ni paling penakut pegi hospital. Boleh pengsan kalau nampak orang berdarah. Nasib baik Rayyan diperiksa di Wad Separa Kritikal. Takdelah orang yang accident teruk n sebagainya.

Hasil Pemeriksaan Doctor, dia sahkan Rayyan diserang penyakit Broncho Pneumonia with Bronchospasm.
Saya dah post info tentang pneumonia sebelum ni..Silalah baca di sini.

Rayyan ditahan selama 4 hari. Rawatan yang diberi ialah Gas Nebulizer dan antibiotik. Mula-mula Rayyan diberi Gas Nebulizer setiap 2 jam, bila makin kurang bunyi kat dada dia, gas pun dikurangkan ke 4 jam dan seterusnya 6 jam.

Saya bersyukur pada Allah sebab Rayyan dah makin sembuh dan boleh pulang ke rumah dan saya memang respect pada rawatan dan layanan yang diberi oleh Doctor, Jururawat dan Petugas di Hospital Selayang. Terima Kasih tak terhingga saya ucapkan.Duduk kat hospital pun best dan sangat selesa. Yang letihnya jaga Rayyan yang jadi aktif sangat bila dah rasa sihat.Bila siang dia tidur, bila malam dia berjaga sampai pagi.. Para Petugas di Wad Pediatrik 8A tu pun dah kenal Rayyan budak berjaga malam..

So to all parents out there, janganlah ambik mudah bila anak diserang batuk dan selsema. make sure anak dibawa untuk pemeriksaan untuk mengelakkan membawa mudarat.

Rayyan Adam semasa di Wad Pediatrik 8A, Hospital Selayang. Seronok kan dia? macam tak sakit je..

Tuesday 23 October 2012

Pneumonia pembunuh tidak dijangka


Sumber dari Berita Harian

Ragut satu nyawa si kecil setiap 20 saat



SATU angka yang besar dan memang menakutkan, menjadikannya sebagai pembunuh nombor satu di dunia, bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun, sekali gus melebihi kematian disebabkan AIDS, malaria dan batuk kering (TB).

Bermula dengan demam biasa atau batuk serta bersin ringan, pembunuh yang bebas berkeliaran itu pantas membunuh mangsa kerana ia ia bertindak secara perlahan, malah tidak dijangka.
Ahli Pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP) yang juga Pakar Perunding Pediatrik, Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin, berkata secara umumnya empat daripada lima ibu bapa atau penjaga tidak mengetahui tanda bahaya penyakit pneumonia atau juga dikenali sebagai radang paru-paru.

Ramai menyangka ia adalah penyakit biasa seperti selsema dan boleh dirawat dengan ubat batuk serta demam yang dibeli di farmasi. Apabila keadaan tidak bertambah baik, baru mereka mendapatkan rawatan daripada doktor.

Kanak-kanak menghidap pneumonia selalunya dikesan pada peringkat yang sudah parah. Gejala dan tanda pneumonia boleh berbeza dan ini banyak dipengaruhi oleh kuman yang menjangkiti. Ditambah lagi dengan keadaan si kecil itu sendiri, sama ada mempunyai latar penyakit seperti AIDS/HIV, penyakit jantung dan asma.

“Pneumonia sering bermula dengan demam, batuk dan selsema yang dianggap ‘biasa’ sama ada oleh ibu bapa, penjaga dan juga doktor yang tidak menganggapnya sebagai suatu serius. Tanda yang mungkin nampak serius dan menjadi amaran kepada ibu bapa, penjaga dan juga doktor bahawa ia adalah pneumonia, apabila kadar pernafasan si anak laju atau dadanya berombak. Tanda yang menunjukkan ia bertambah teruk apabila diikuti demam tinggi menggigil, peluh berlebihan, sakit dada bila bernafas, lemah serta letih,” katanya. Sayangnya, data menunjukkan empat daripada lima kanak-kanak yang menghidap penyakit pneumonia tidak mendapat rawatan sewajarnya, iaitu tidak diberikan antibiotik.
Berkongsi pengalaman, Dr Musa berkata, beliau pernah berhadapan kes seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menghidapi batuk selama tiga minggu diikuti demam suhu tinggi selama enam hari. Malangnya pengambilan antiobiotik tidak mampu mengatasi masalah itu. Apabila dirujuk kepada doktor dan melalui imbasan, pneumonia di kesan di keseluruhan paru-paru sebelah kanan.

“Cecair dan beberapa bahagian paru-paru sudah rosak dan menerusi ujian, cecair diambil daripada paru-paru kanak-kanak itu penuh dengan kuman pneumikokkus. Komplikasi dialami si kecil memerlukan bantuan alat pernafasan selama lima hari; bekalan oksigen selama 10 hari, tetapi malangnya kerosakan sudah pun berlaku pada bahagian paru-paru kanan. Kesudahannya, kanak-kanak itu menjalani rawatan selama sebulan di hospital,” katanya.

Pada 2008, dianggarkan seramai 8.8 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun di seluruh dunia, meninggal dunia. Seorang daripada lima kematian itu disebabkan oleh pneumonia atau dengan kata lain, seramai 1.5 juta kanak-kanak meninggal dunia akibat pneumonia. Kematian lain berpunca daripada malaria, TB, HIV/AIDS.

Di Malaysia, pneumonia di kalangan kanak-kanak bawah lima tahun adalah penyebab kelima kematian dengan empat peratus kematian selain antara 28 peratus dan 40 peratus kemasukan ke hospital. Di Indonesia, 145 hingga 300 kes pneumonia dilaporkan bagi setiap 100,000 penduduk manakala di Filipina, sebanyak 5,000 kes pneumonia per 100,000 penduduk dicatatkan.

Pneumonia tidak popular seperti denggi yang kerap kelihatan iklannya di media massa. Dr Musa mengakui pandangan itu. Sambil mengambil denggi sebagai contoh penyakit popular, apabila kerap mendapat liputan yang tinggi di akhbar dan media, katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) turut mengakui bahawa fenomena ini suatu perkara sejagat.

Malah, pihak terbabit sudah pun mengeluarkan suatu dokumen bertajuk ‘Pneumonia the Forgotten Killer of Children’ atau ‘Pneumonia Pembunuh Kanak-Kanak Yang Dilupakan’ bertujuan mengalih tumpuan dunia pada ‘pembunuh’ si kecil yang bukan saja dilupakan, tetapi tidak diambil berat oleh warga dunia.

Pneumonia boleh diselamatkan menerusi pengambilan vaksin dan ia bukan sesuatu yang mustahil dijadikan ‘wajib’ dalam imunisasi kebangsaan seperti vaksin kanser servik ,yang baru-baru ini diwajibkan untuk remaja perempuan.

Kuman pneumonia yang paling teruk iaitu kuman pneumikokkus mengakibatkan sebanyak 800,000 kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun. Vaksin pneumokokkal ada di Malaysia sejak 2005. Terdapat dua vaksin pneumokokkal daripada pembuat vaksin tetapi ia masih lagi belum dijadualkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) Kementerian Kesihatan.

Pada masa ini, kata Dr Musa, vaksin itu hanya boleh didapati di hospital swasta atau klinik pakar kanak-kanak swasta. Sebanyak 55 buah negara sudah pun memasukkannya ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan, termasuk Singapura, Macau, Hong Kong, Australia dan New Zealand.

Katanya, Persatuan Pediatrik Malaysia sejak 2005 berjuang mengerah Kementerian Kesihatan berbuat sedemikian.

“Dengan kesedaran mengenai bahaya pneumonia, orang ramai terutama kumpulan sokongan kanak-kanak, dapat memberi tekanan kepada kerajaan bagi memastikan vaksin pneumocokkal dijadikan keutamaan serta dimasukkan dalam jadual Kementerian Kesihatan demi kesihatan anak-anak kita,” katanya.

Selain kuman pneumikokkus, jelas Dr Musa, pneumonia juga boleh disebabkan kuman campak, batuk kokol, hemofilus influenza B dan virus influenza H1N1. Tetapi, ketika ini, hanya tiga penyakit atau kuman iaitu batuk kokol, campak dan hemofilus influenza B tersenarai dalam jadual Kementerian Kesihatan sejak 1960, 1982 serta 2002.

Virus Influenza - H1N1 dan influenza A & B mendapat liputan besar apabila berlaku pandemik H1N1 pada 2009. Vaksinnya tidak tersenarai dalam jadual kementerian tetapi boleh didapati di klinik dan hospital swasta.

Kerjasama tangani pneumonia

PFIZER (Malaysia) Sdn Bhd dengan sokongan Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP), Pitter Patter, parenting2u.com dan SJ Echo melancarkan laman web www.abc4pneumococcal.com bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit pneumokokal dan menekankan hakikat bahawa penyakit ini boleh dicegah menerusi imunisasi, di ibu kota, baru-baru ini.

Pengurus Negara Pfizer bagi Malaysia dan Brunei, Angel Choi, berkata vaksin konjugat pneumokokus pertama diperkenalkan pada 2000 di Amerika Syarikat untuk memberikan perlindungan daripada tujuh serotaip pneumokukus yang paling umum.

“Kemajuan dalam bidang penyelidikan pneumokokus membolehkan kita memberikan perlindungan daripada 13 strain bakteria pneumokokus yang utama. Menyedari hakikat ini, lebih 50 negara memasukkan Vaksin Konjugat Pneumokokus (PCV) dalam Program Imunisasi Kebangsaan masing-masing, termasuk Hong Kong, Singapura dan Macau,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Dr Musa sertadan Presiden dan Pemimpin Serantau Asia Pasifik bagi Persekutuan Organisasi Meningitis (CoMO), yang juga bapa kepada anak penghidap pneumokokal, Bruce Langoulant.

Pada majlis itu, Dr Musa turut menyeru Pfizer supaya menurunkan kos suntikan vaksin kerana kos yang lebih rendah membolehkan ia dimasukkan dalam program imunisasi negara.

Vaksin itu, katanya, perlu dilakukan sebanyak tiga dos dengan harga kira-kira RM600-RM750 untuk seorang kanak-kanak. Difahamkan di Afrika, vaksin sama diperoleh pada harga amat rendah iaitu hanya kira-kira USD7 (RM22.05) bagi satu dos.

INFO:

* Sebanyak 98 peratus daripada semua kematian kanak-kanak membabitkan pneumonia berlaku di negara membangun.
* Pneumonia boleh dicegah. Lebih sejuta nyawa kanak-kanak boleh diselamatkan menerusi penggunaan vaksin dan antibiotik, mengurangkan pencemaran udara dalaman dan melalui penyusuan susu ibu untuk tempoh enam bulan pertama hidup.

APA
* Pneumonia adalah jangkitan paru-paru, menyebabkan batuk dan demam yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Radang paru-paru yang teruk boleh membawa maut.

SIAPA

* Di negara membangun, kanak-kanak di bawah usia lima tahun, terutama bawah dua tahun dan miskin,
berisiko menghidap penyakit ini.
* Warga tua juga turut berisiko.
* Sesetengah kanak-kanak dan orang dewasa berisiko tinggi kerana mereka menghidapi penyakit lain seperti HIV/AIDS.
* Pesakit HIV lebih berisiko tinggi dan berkemungkinan mati akibat pneumonia.
* Kanak-kanak yang tidak mendapat cukup zat boleh melemahkan sistem imunisasi, sekali gus meletakkan mereka sebagai kumpulan berisiko tinggi dijangkiti pneumonia.

PENYEBAB

*Kebanyakan organisma boleh menyebabkan pneumonia.

*Di peringkat global, bakteria seperti Hib dan pneumokokkus adalah dianggarkan untuk menyebabkan lebih daripada 50 peratus kematian akibat radang paru-paru di kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Virus dan kulat juga boleh menyebabkan pneumonia.

DIAGNOSIS

* Ia boleh dikesan oleh tanda seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas atau bernafas cepat atau berombak-ombak.

* Menerusi imbasan dada menggunakan sinar-X dan ujian makmal. Namun, alat ini selalunya tidak ada di negara membangun, terutamanya di luar bandar yang terpencil menjadikan sukar mengenal pasti dan merawat penyakit ini.

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* Ia boleh dicegah dengan vaksin Hib dan pneumokokus.
* Jangkitan campak dan pertusis (batuk kokol) juga boleh menyebabkan komplikasi pneumonia. Oleh itu,
vaksin untuk penyakit ini boleh mencegah sesetengah kes pneumonia.
* Tingkatkan kadar susuan eksklusif selama enam bulan.
* Kurangkan asap daripada rokok dan tempat memasak.
* Tingkatkan tahap nutrisi anak.
* Sentiasa basuh tangan dan ajar anak berbuat demikian.

Wednesday 17 October 2012

PERINGATAN MESRA UNTUK DIRI SENDIRI



Procrastination is the thief of time.
Prov. If you put off doing what you ought to do, you will end up not having enough time to do it properly. Jim: Have you started looking for a job yet? Jane: Oh, that can wait till tomorrow. Jim: Procrastination is the thief of time.

Noun
1.
procrastination - the act of procrastinating; putting off or delaying or defering an action to a later time
delay, holdup - the act of delaying; inactivity resulting in something being put off until a later time
2.
procrastination - slowness as a consequence of not getting around to it
deliberateness, unhurriedness, slowness, deliberation - a rate demonstrating an absence of haste or hurry
Based on WordNet 3.0, Farlex clipart collection. © 2003-2011 Princeton University, Farlex Inc.

procrastination
noun delay, hesitation, slowness, slackness, dilatoriness, temporization or temporisation He hates delay and procrastination.
Quotations
"Procrastination is the thief of time" [Edward Young The Complaint: Night Thoughts]
"Never put off till tomorrow what you can do today" [Lord Chesterfield letter to his son]
"procrastination is the"
"art of keeping"
"up with yesterday" [Don Marquis archy and mehitabel]

Collins Thesaurus of the English Language – Complete and Unabridged 2nd Edition. 2002 © HarperCollins Publishers 1995, 2002