Wednesday 18 January 2012

MY OBSESSION WITH ... HANA YORI DANGO!!! PART I

Hana Yori Dango Manga
Meteor Garden - Taiwan

Hana Yori Dango - Japan
Boys Over Flowers - Korea

Siapa pernah tengok citer Hana Yori Dango angkat tangan!!!!
Meteor Garden??
Boys Over Flowers??

Kalau pernah maka kita berkongsi minat yang sama..
Saya akui, saya memang obses dengan citer-citer di atas..
Tengok berkali-kali pun saya tak pernah bosan...
Especially bila ulang tayang part2 yang menyentuh hati..
hmm bestnya mmg touching habis..
hehe.. jiwang karat x hengat...

anyway pada yang x berapa tahu tentang cerita ni, biar saya huraikan di sini...



Maksud Hana ialah Flower dan Dango ialah Boys.. So Boys over Flowers.. (Kiranya boys lebih cantik dari flowers)

Hana Yori Dango bermula dengan komik manga ciptaan Yoko Kamio.. seorang Japanese Manga artis & Writer. Dia mula-mula menghasilkan Manga 'Hana Yori Dango ni pada tahun 1992. Komik ni menjadi sangat popular di Japan dan seterusnya di Asia.

Introducing the Characters:-

Watak-Watak utama dalam "Hana Yori Dango" ni ialah:

Makino Tsukushi
Domyoji Tsukasa
Hanazawa Rui
Nishikado Sojiro
Mimasaka Akira

Sinopsis Cerita:(ambik dari http://wiki.d-addicts.com/Hana_Yori_Dango je, malas nak translate.huhuhu)


Makino Tsukushi is the only poor student at Eitoku Gakuen, the school of the ridiculously rich and privileged that is ruled by Flower 4 or F4, a group of four boys who come from extremely powerful families: Domyoji Tsukasa, the leader and heir of the Domyoji World Finance Group; Hanazawa Rui, the introverted son of a large company; Nishikado Sojiro, a player who is the heir of a tea ceremony school; and Mimasaka Akira, a madam killer with ties to the underground. If a student gets on the F4’s bad side, he/she gets a red notice and is bullied and driven out of school.

Makino hopes to pass her days quietly-- without drawing any attention to herself-- but one day, she stands up to Domyoji in defense of her friend. The next day, Makino gets the dreaded red notice. Even though she is harassed, Makino decides to keep going to school because she is a "tough weed". She declares war right back on the F4. Her resolve gets the attention of her crush Hanazawa Rui and oddly enough, rouses romantic feelings in her worst enemy, Domyoji Tsukasa.



Makino Tsukushi
Domyoji Tsukasa
Hanazawa Rui
Nishikado Sojiro
Mimasaka Akira

(Source of pictures from Google)

Kepada sesiapa yang nak layan Manga 'Hana Yori Dango' ni sila ke http://www.mangareader.net/283/hana-yori-dango.html

Watak yang paling saya suka tentulah Makino, dia seorang yang tabah, kuat pendirian dan sanggup berkorban demi keluarga dan kawan-kawan. Walaupun yang dikorbankan ialah cintanya sendiri..Pada mulanya Makino hanya ingin menjalani kehidupan dengan tenang di sekolahnya tapi menjadi kucar-kacir bila dia dah terlibat dengan Flower 4 @ F4.(Gelaran pelajar sekolah pada Domyoji, Rui, Sojiro & Akira kerana mereka berempat ni bersahabat baik dan paling kacak di sekolah ;D)

Domyoji pula ialah lelaki idaman saya.. Kalaulah dapat BF macam Domyoji.. Sudahlah kaya, setia pada yang satu pulak tu.. huhu.. Saya suka Domyoji kerana kesungguhannya dalam memikat Makino, dia sangat-sangat possesive dan membuatkan Makino rimas. Tapi cintanya yang mendalam tu buat Makino cair jugak.. hehehe..

Hanazawa Rui ni macam penyelamat Makino. Dia sentiasa ada di sisi bila Makino memerlukan bantuan atau dalam kesedihan. Pada mulanya Makino menyukai Rui, tetapi akhirnya jatuh cinta pada Domyoji. Rui pula mencintai Makino dalam diam.

Yang dua orang lagi tu, Nishikado Sojiro dan Mimasaka Akira, banyak memberi sokongan pada sahabat2 baik mereka. Mereka pun ada kisah yang tersendiri.

Okay nanti saya akan sambung dengan "Hana Yori Dango' versi Taiwan pulak..
To Be Continued!!!

No comments:

Post a Comment