Tuesday 13 March 2012

Awasilah anak-anak anda!!!


Tajuk post saya adalah peringatan kepada semua terutama diri saya sendiri. Berita yang baru saya baca hari ini amat-amat mengganggu saya. Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun yang akhirnya ditemui dalam keadaan yang mengerikan. Beberapa tahun sebelum ni pun telah berlaku juga kejadian macam ni. Kita akan terkejut dan sedih tapi tak lama kemudian kita dikejutkan lagi dengan kejadian yang sama. Dalam situasi ini, pelbagai pihak akan menuding jari,, siapa yang bersalah.. 

Dalam perkara ini ibu bapa dan penjaga harus memainkan peranan yang penting untuk mencegah kejadian malang seperti ini berulang lagi. Saya tak boleh bayangkan kalau perkara ini terjadi pada saya.. Ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri agar lebih bertanggungjawab dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang ibu. 

In my opinion, yang penting sekali ialah pengawasan, mungkin zaman dolu2 bolehlah anda biarkan kanak-kanak bermain di luar tanpa pengawasan.Masa tu tak ramai kot orang jahat2 mcm sekarang.  Persekitaran kita di zaman ini amatlah merbahaya. Ada pedophile, penculik, perogol dan bermacam2 lagi.. Mereka ni sentiasa menunggu peluang atas kecuaian kita. Kanak-kanak tak boleh dibiarkan tanpa pengawasan orang dewasa. Walaubagaimana selamat pun kawasan kejiranan anda, sampai hati ke biarkan anak sekecil itu pergi ke kedai seorang diri...

To all parents, anak itu anugerah, don’t take your kids for granted.. Layanlah anak-anak anda dengan penuh kasih sayang, beri sepenuh tumpuan dan perlindungan kerana itu mungkin kali terakhir anda melihat senyum dan gelak tawanya..

p/s: Sorry merapu2 post saya hari ni.. Saya amat2 terganggu.. Ya Allah, jauhkanlah perkara2 begini dari menimpa keluarga kami.. Aminn..

No comments:

Post a Comment