Thursday 15 March 2012

Ketidaksuburan: Antara Fakta dan Mitos


Sharing is Caring..
Info berguna untuk panduan bersama.
Sumber dari www.mudahhamil.com


Apakah Ketidaksuburan

Biasanya ketidaksuburan ditakrifkan sebagai ketidakbolehan untuk hamil setelah setahun mencuba tanpa menggunakan sebarang kaedah pencegah hamil.
Menurut statistik yang dilaporkan oleh ‘Centers for Disease Control’(CDC), 6.1 juta wanita berumur 15-44 tahun mengalami masalah untuk menimang cahayamata.

Jika anda dan pasangan menghadapai kesukaran untuk mendapat zuriat, statistik di atas menunjukkan bahawa ‘You Are Not Alone’.

Mitos-mitos Ketidaksuburan

1)    MITOS:
“Istilah mandul ni hanya untuk orang yang tak pernah mendapat anak atau tak pernah hamil’

FAKTA:
Takrif ketidaksuburan boleh di kecilkan lagi skopnya kepada 3 kumpulan

a)    Ketidaksuburan Primer:
Merujuk kepada wanita yang tidak pernah hamil.

b)    Ketidaksuburan Sekunder:
Merujuk kepada wanita yang pernah hamil sekurang-kurangnya sekali, tetapi menghadapi masalah untuk mengandung lagi.

c)    Keguguran Berulangan:
Wanita yang berulangkali gugur mungkin juga akan menjalani diagnosis ketidaksuburan jika ia berlaku 2 kali atau lebih. Keguguran bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana ia melibatkan 25% daripada kehamilan,
tetapi 5% daripada wanita mengalami keguguran 2 kali berturut-turut dan kurang dari 1% mengalami keguguran 3 kali atau lebih berturut-turut.

2)    MITOS:
“Wanita adalah punca kenapa sesuatu pasangan sukar mendapat zuriat”

FAKTA:
Menurut ‘American Society of Reproductive Medicine’, 1/3 kes ketidaksuburan adalah berpunca dari wanita manakala 1/3 kes lagi berpunca dari lelaki. Baki 1/3 adalah kombinasi kedua-dua pihak lelaki dan wanita, termasuk juga kes-kes ‘unexplained infertility’.

3)    MITOS:
“Hanya mereka yang berusia dan lambat kahwin sahaja terdedah kepada risiko ketidaksuburan”

FAKTA:
Memang benar, bila umur mencecah 35, risiko ketidaksuburan meningkat. Tahap kesuburan seseorang adalah kemuncaknya ketika lewat belasan tahun dan awal 20an.
Kemudian tahap kesuburan akan mula menurun, bila mula mencecah 35 tahun ia semakin menurun. Sebab itulah mereka yang berumur 35 tahun atau lebih digalakkan untuk mendapatkan rawatan lebih awal iaitu setelah 6 bulan mencuba.

Masalah ketidaksuburan dialami oleh:

•    7% wanita berumur 20-24 tahun
•    9% berumur 25-39 tahun
•    15% berumur 30-34 tahun
•    22% berumur 35-39 tahun

4)    MITOS:
“Orang perempuan kalau dah berusia, sukar nak dapat anak, tapi lelaki ‘maintain je’ walaupun berumur. Orang kata saham meningkat”

FAKTA:
Memang ada kajian tentang kaitan antara umur dan kesuburan lelaki walaupun ia jarang dibincangkan berbanding wanita. Hasil dari kajian-kajian tersebut sedikit sebanyak akan memecahkan keegoan lelaki.
Dari segi kuantiti sperma, tahap kemuncak adalah sekitar umur 30-35 tahun, manakala dari segi kualiti sperma, iaitu daya gerak sperma, tahap kemuncak adalah 25 tahun kebawah.

p/s: Saya salah seorang yang pernah mengalami masalah kesuburan but finally saya berjaya juga melahirkan zuriat for my husband.. Allah Maha Besar.. Berusaha dan berdoalah selalu moga2 dapat diatasi masalah kesuburan ini..

No comments:

Post a Comment