Showing posts with label Infertility. Show all posts
Showing posts with label Infertility. Show all posts

Monday, 29 October 2012

My Infertility Story Part 1



Saya nak share dengan kawan-kawan semua, my own story of Infertility.. Saya tak reti sangat mengarang ni but hopefully you guys will enjoy my story k..

Saya berkahwin pada tahun 2005, masa tu umur 27. Sebelum kawen x pernah ada masalah period pun tup2 lepas kawen x dtg period 2 bulan.. dengan rasa gembiranya pegi la beli Urine Pregnancy Test. The result is –Negative.. Lepas dua bulan period datang.. Saya dah start pelik, what’s wrong with me?

Perkara ni akhirnya berlanjutan hingga setahun.. period gap setiap 2 bulan.. masa ni orang sekeliling dah start bertanya.. “Bila lagi kau ni?” & “Dah ada ke belum?” Hmm.. sgt2 fed up dengan soalan2 tu..

2006 - Akhirnya saya buat keputusan nak ke LPPKN untuk dapatkan rawatan.. Kena buat pemeriksaan darah, ultrasound & HSG. Husband pun kena buat sperm check.. Hasilnya.. husband saya normal dan saya yang bermasalah.. Hormon saya rendah.. dah lupa yang LH ke FSH.. dan saya xde ovulation.. that’s why period terganggu & x boleh preggy.. nasib baik Tube saya x block & xde cyst dan sebagainya...

Saya pun mulakan treatment di mana saya perlu makan pil clomiphene dan Puregon Injection. Injection tu kena buat sendiri & inject kat bawah pusat plak tu.. Saya x boleh buat sendiri.. Scary!!! My dear husband yang tolong.. Lastly diaorg bagi HCG shot & suruh ML that night..

After spending considerable amount of money, we waited nervously for my cycle to come.. Saya berdoa sgt biarlah pregnant.. Tapi, akhirnya period pun muncul.. Kami berdua sgt2 frust.. dah berhabis duit tapi tiada hasil positif.. LPPKN suruh datang balik untuk try lagi sekali.. Saya kata nak gap dulu.. relax jap.. Bila nak pegi balik macam2 halangan pulak.. time period saya asyik x sesuai je dengan jadual klinik.. last2 saya give up nak ke LPPKN..

2007 - Saya cuba cara tradisional pulak.. Berurut.. macam2 makcik dah saya jumpa.. macam2 pendapat yang saya dengar.. Tapi tiada hasil jugak.. Ada makcik yang kata saya subur x ada masalah, ada yang kata rahim banyak lemak, la, lendir la, bengkak la, sumbat la.. saya jadi pening kepala fikirkan.. mana satu yang betul.. last2 say stop urut2 lagi.. bila fikir2kan, mana diaorg tau apa sebenarnya yang jadi kat dalam rahim kita.. bukannya diaorg scan pun.. rasa2 cm tu pun dah boleh tau ke?

Saya sensitif setiap kali orang tanya & cerita pasal baby.. Kadang2 ada mulut yang xde insurans tu selamba je sound..

“Bila lagi ni? Husband kau tak reti ke? Nak aku ajarkan?” (Sungguh kurang ajar)

“Semua orang ada baby. Ayu je xde baby” (Ini dari mulut seorang perempuan beranak satu. Saya amat2 terguris dengan kata2 dia ni.. masa tu dia comparekan saya dengan member2 ofis yang kawin selepas saya.. (semua get pregnant immediately after married except me)

Ada juga yang beri kata2 semangat dan petua2.. Mama dan Mother in law saya memang amat2 memahami.. mereka tak pernah desak saya.. Cuma mereka suruh usaha lagi dan berdoa banyak2 disamping mereka pun mendoakan sekali..

2008 – Tahun ni saya memang x ada buat rawatan apa2 pun.. saya just chill je.. malas nak fikir sangat.. The pressure is still there but saya buat-buat tak reti je..

2009 – Chill lagi.. Nothing happens..

Bersambung....

Friday, 16 March 2012

Kenali Petanda-petanda Awal Masalah Kesuburan


Sharing is Caring lagi..
Info berguna untuk panduan bersama.
Sumber dari www.mudahhamil.com


Simtom umum terhadap masalah ketidaksuburan adalah kegagalan untuk hamil setelah mencuba selama setahun tanpa sebarang penggunaan kaedah perancang. Setelah itu, barulah dikatakan bahawa anda termasuk dalam golongan yang menghadapi masalah kesuburan. 

Terdapat beberapa simtom-simtom lain yang mungkin ada kaitan dengan masalah kesuburan. Berikut kami kemukan beberapa persoalan untuk dijawab oleh anda dan pasangan. Anda cuba perhatikan petanda-petanda ini. Jika anda lambat mendapat zuriat dan mendapati bahawa terdapat jawapan ‘ya’ bagi mana-mana persoalan-persoalan ini, anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk kepastian dan khidmat nasihat lanjutan.



Adakah kitar haid anda tidak teratur?
Jika kitar haid anda kurang dari 24 hari atau lebih daripada 35 hari, atau juga tidak tetap jumlah harinya, anda perlu rujuk kepada doktor. Kitar haid yang tidak teratur boleh jadi satu simtom kepada masalah ovulasi.

Adakah anda mengalami sebarang pendarahan?
Jika terdapat sebarang pendarahan yang kuat atau pendarahan yang berbeza-beza dari segi warna dan kekerapan, ia bukanlah satu petanda yang baik. Segera rujuk kepada klinik-klinik berdekatan.

Adakah anda berusia lebih dari 35 tahun?
Takrif ketidaksuburan terhadap mereka yang berumur 35 tahun keatas bukan lagi setelah mencuba selama 1 tahun, tetapi jika gagal hamil setelah mencuba selama 6 bulan, anda perlu segera mendapatkan nasihat doktor. Bagi golongan ini, masa tidak memihak kepada mereka.

Adakah suami mengalami masalah mati pucuk?
Masalah kesuburan bagi lelaki biasanya melibatkan kuantiti sperma yang rendah atau kualiti sperma dari segi pergerakan. Masalah ini anda tidak dapat kenalpasti dengan sendiri. Ia perlu melalui suatu ujian khas iaitu Analisis Sperma yang boleh dilakukan di mana-mana klinik. Tetapi jika si suami mengalami masalah dari segi hubungan kelamin seperti mati pucuk, maka ia juga boleh jadi punca sukar hamil.

Adakah anda terlebih atau terkurang berat badan?
Berat badan yang berlebihan atau terlalu kurus boleh menyebabkan sukar hamil. Untuk pastikan sama ada anda termasuk dalam golongan ini atau tidak, sila periksa BMI anda di laman ini.http://www.vertex42.com/Calculators/bmi-calculator.html

Adakah anda pernah mengalami keguguran 3 kali berturut-turut?
Ramai yang salah faham bahawa takrif tidak subur atau mandul hanya merujuk kepada keadaan seseorang yang gagal hamil sahaja. Tetapi wanita yang kerap gugur juga termasuk dalam golongan ini. Keguguran melibatkan 10%-20% daripada jumlah kehamilan yang dilaporkan. Doktor akan membuat ujian-ujian fertiliti terhadap seseorang wanita itu hanya setelah mengalami kguguran 3 kali berturut-turut.

Adakah anda dan pasangan mengalami sebarang sakit kronik seperti kencing manis, tiroid, dan hypertension?
Penyakit-penyakit di atas, termasuk kaedah-kaedah rawatannya boleh memberi kesan terhadap kesuburan. Menurut ’The American Fertility Assocation’, penyakit-penyakit seperti diabetes dan hipertiroid boleh menyebabkan masalah kesuburan. Insulin, antidepressant dan hormon tiroid boleh mengganggu kawalatur kitar haid. Sesetengah ubat untuk hypertension pula boleh mengganggu kesuburan lelaki.

Adakah anda dan pasangan merokok dan mengambil minuman beralkohol?
Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kesan tabiat ini terhadap kesuburan lelaki dan wanita. Jika anda tiada masalah kesuburan sekalipun, hentikanlah tabiat-tabiat ini.

Thursday, 15 March 2012

Ketidaksuburan: Antara Fakta dan Mitos


Sharing is Caring..
Info berguna untuk panduan bersama.
Sumber dari www.mudahhamil.com


Apakah Ketidaksuburan

Biasanya ketidaksuburan ditakrifkan sebagai ketidakbolehan untuk hamil setelah setahun mencuba tanpa menggunakan sebarang kaedah pencegah hamil.
Menurut statistik yang dilaporkan oleh ‘Centers for Disease Control’(CDC), 6.1 juta wanita berumur 15-44 tahun mengalami masalah untuk menimang cahayamata.

Jika anda dan pasangan menghadapai kesukaran untuk mendapat zuriat, statistik di atas menunjukkan bahawa ‘You Are Not Alone’.

Mitos-mitos Ketidaksuburan

1)    MITOS:
“Istilah mandul ni hanya untuk orang yang tak pernah mendapat anak atau tak pernah hamil’

FAKTA:
Takrif ketidaksuburan boleh di kecilkan lagi skopnya kepada 3 kumpulan

a)    Ketidaksuburan Primer:
Merujuk kepada wanita yang tidak pernah hamil.

b)    Ketidaksuburan Sekunder:
Merujuk kepada wanita yang pernah hamil sekurang-kurangnya sekali, tetapi menghadapi masalah untuk mengandung lagi.

c)    Keguguran Berulangan:
Wanita yang berulangkali gugur mungkin juga akan menjalani diagnosis ketidaksuburan jika ia berlaku 2 kali atau lebih. Keguguran bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana ia melibatkan 25% daripada kehamilan,
tetapi 5% daripada wanita mengalami keguguran 2 kali berturut-turut dan kurang dari 1% mengalami keguguran 3 kali atau lebih berturut-turut.

2)    MITOS:
“Wanita adalah punca kenapa sesuatu pasangan sukar mendapat zuriat”

FAKTA:
Menurut ‘American Society of Reproductive Medicine’, 1/3 kes ketidaksuburan adalah berpunca dari wanita manakala 1/3 kes lagi berpunca dari lelaki. Baki 1/3 adalah kombinasi kedua-dua pihak lelaki dan wanita, termasuk juga kes-kes ‘unexplained infertility’.

3)    MITOS:
“Hanya mereka yang berusia dan lambat kahwin sahaja terdedah kepada risiko ketidaksuburan”

FAKTA:
Memang benar, bila umur mencecah 35, risiko ketidaksuburan meningkat. Tahap kesuburan seseorang adalah kemuncaknya ketika lewat belasan tahun dan awal 20an.
Kemudian tahap kesuburan akan mula menurun, bila mula mencecah 35 tahun ia semakin menurun. Sebab itulah mereka yang berumur 35 tahun atau lebih digalakkan untuk mendapatkan rawatan lebih awal iaitu setelah 6 bulan mencuba.

Masalah ketidaksuburan dialami oleh:

•    7% wanita berumur 20-24 tahun
•    9% berumur 25-39 tahun
•    15% berumur 30-34 tahun
•    22% berumur 35-39 tahun

4)    MITOS:
“Orang perempuan kalau dah berusia, sukar nak dapat anak, tapi lelaki ‘maintain je’ walaupun berumur. Orang kata saham meningkat”

FAKTA:
Memang ada kajian tentang kaitan antara umur dan kesuburan lelaki walaupun ia jarang dibincangkan berbanding wanita. Hasil dari kajian-kajian tersebut sedikit sebanyak akan memecahkan keegoan lelaki.
Dari segi kuantiti sperma, tahap kemuncak adalah sekitar umur 30-35 tahun, manakala dari segi kualiti sperma, iaitu daya gerak sperma, tahap kemuncak adalah 25 tahun kebawah.

p/s: Saya salah seorang yang pernah mengalami masalah kesuburan but finally saya berjaya juga melahirkan zuriat for my husband.. Allah Maha Besar.. Berusaha dan berdoalah selalu moga2 dapat diatasi masalah kesuburan ini..