Showing posts with label Rayyan Adam. Show all posts
Showing posts with label Rayyan Adam. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

Happy 3rd Birthday Rayyan!

3 years ago, 25th July 2010 at 5.30 pm, a baby boy was born.. we named him Muhammad Rayyan Adam... Every single day since he were born, he added something amazing to our life. We can’t imagine our life without Rayyan in it.You are our prince, our hero, our life. Happy birthday, beloved son! Papa n Mama loves u so much ... 



Tuesday, 23 July 2013

Lagi 2 Hari...

Tinggal 2 hari lagi nak menyambut Birthday Rayyan Adam yang Ke-3... Dalam minggu ni dia asyik nyanyi lagu "Happy Birthday" je.. Macam tau-tau je birthday dia dah dekat...

Tahun ni tak plan nak buat birthday party besar-besaran. Just small gatherings dengan family-family rapat je. Lagi seronok rasanya. Rayyan pun tak suka kalau crowded sangat. Dia tak enjoy.

Mama n Papa tengah fikir apa nak hadiah kat Rayyan Adam kali ni?

Wednesday, 16 January 2013

CEMAS!!!

Nak share satu kejadian cemas yang berlaku semalam... Nak gugur jantung dibuatnya... Syukur kepada Allah tak berlaku kejadian yang tak diingini...

Kesahnya semalam my baby boy, Rayyan Adam telah pandai-pandai bukak pagar rumah n try nak keluar ke jalan raya.. dia dah halfway nak ke tengah jalan then saya ternampak dan saya jerit kuat giler panggil nama dia. Bila dia dengar suara mama dia yang macam petir tu pandai pulak dia patah balik. Sejurus lepas tu ada motor lalu kat jalan tu.. Ya Allah, berderau darah saya dibuatnya. Cepat-cepat saya tangkap dia dan mangga pagar tu. Pagar tu berselak tapi tak dimangga, saya fikir tak mungkin dia tau bukak.

Kalaulah Rayyan Adam tak hiraukan jeritan saya dan straight lari ke tengah jalan. tak tau apa akan jadi.
Peringatan to myself jugak to be more careful in the future. Safety First Mama!

Mama loves u, Rayyan Adam.. I'll protect u from harm...


Thursday, 25 October 2012

My Precious Little Boy-Day 1

Rayyan Adam berumur 1 hari.. 


A Precious Little Boy
A Gift From Above
He Brings Joy To My Life
And Lots And Lots Of Love

He Has A Beautiful Smile
An Ear To Ear Grin
Oh And I Can't Forget
His Cute Little Double Chin

This Precious Little Boy
Is Growing So Fast
With Yet Another Year
Almost In The Past

Alhamdulillah... Setiap hari aku bersyukur padamu Ya Allah atas anugerahmu yang tidak ternilai harganya ini.. Insyaallah, amanahmu ini akan kujaga sebaik-baiknya.. Aminn

Wednesday, 24 October 2012

Rayyan's Pneumonia Attack

Malam 17 oktober tu, saya nampak Rayyan bernafas lain macam. Nampak dada Rayyan turun naik dan dia amat-amat lemah. Asalnya dia cuma selsema dan batuk-batuk je. Dah bagi makan ubat Klinik Swasta. Ingatkan dia lemah sebab ubat so saya perhatikan saja dia malam tu.

Pada pukul 4.30 pagi, 18 Oktober, hati saya dah sedap sangat sebab nafas Rayyan berbunyi kuat. Bila minum susu macam sesak nafas. So tanpa membuang masa lagi, saya ajak hubby ke klinik 24 hours. Yang terdekat pagi adalah Hospital Lourdes. Lepas Doc periksa, dia kata banyak kahak dan Rayyan diberi Nebulizer untuk melegakan. Lepas tu nampak rayyan ok sikit. Dah mula bercakap dan nak main-main. Nafas pun tak berbunyi lagi. So lepas bagi Rayyan ubat-ubatan dia, saya dan hubby pun pergi kerje.

Ruapa-rupanya Rayyan makin lemah kat rumah... lastly my MIL call kata kita mesti pergi hospital sekarang. so kami bawa Rayyan ke Emergency Hospital Selayang. Saya ni paling penakut pegi hospital. Boleh pengsan kalau nampak orang berdarah. Nasib baik Rayyan diperiksa di Wad Separa Kritikal. Takdelah orang yang accident teruk n sebagainya.

Hasil Pemeriksaan Doctor, dia sahkan Rayyan diserang penyakit Broncho Pneumonia with Bronchospasm.
Saya dah post info tentang pneumonia sebelum ni..Silalah baca di sini.

Rayyan ditahan selama 4 hari. Rawatan yang diberi ialah Gas Nebulizer dan antibiotik. Mula-mula Rayyan diberi Gas Nebulizer setiap 2 jam, bila makin kurang bunyi kat dada dia, gas pun dikurangkan ke 4 jam dan seterusnya 6 jam.

Saya bersyukur pada Allah sebab Rayyan dah makin sembuh dan boleh pulang ke rumah dan saya memang respect pada rawatan dan layanan yang diberi oleh Doctor, Jururawat dan Petugas di Hospital Selayang. Terima Kasih tak terhingga saya ucapkan.Duduk kat hospital pun best dan sangat selesa. Yang letihnya jaga Rayyan yang jadi aktif sangat bila dah rasa sihat.Bila siang dia tidur, bila malam dia berjaga sampai pagi.. Para Petugas di Wad Pediatrik 8A tu pun dah kenal Rayyan budak berjaga malam..

So to all parents out there, janganlah ambik mudah bila anak diserang batuk dan selsema. make sure anak dibawa untuk pemeriksaan untuk mengelakkan membawa mudarat.

Rayyan Adam semasa di Wad Pediatrik 8A, Hospital Selayang. Seronok kan dia? macam tak sakit je..

Friday, 27 July 2012

Dah besar anak mama!!

Sedar tak sedar, anak kesayangan saya Muhammad Rayyan Adam dah mencecah usia 2 tahun. Rasa macam baru je lahirkan dia, pastu sambut 1st Birthday, sekarang sambut Birthday yang ke-2 pula.. Sekejap je masa berlalu..

Perkembangan Rayyan Adam umur 2 tahun ni..

- Dah boleh sebut 1, 2, 3. Setiap kali naik tangga atau susun mainan2 dia mesti mengira tapi sampai 3 je la..

- Suka bercakap dalam bahasa German..hehe bahasa dia la.. x faham langsung apa dia ckp.. favorite words, jabeje jabeje jabeje.. mesti sebut 3 kali.. tak taulah apa maknanya.. 

- Paling suka baca buku.. asal nampak buku je mesti selak2 pastu baca kuat2

- Suka main blocks.. suka susun blocks tinggi-tinggi

- Dah pandai guna iPhone mama.. terer dah main Apps for kids yang mama download.. laju je jari tu touch screen phone tu..  tak kasi can mama nak guna. Yang geramnya bila dah bosan dia campak je iPhone tu.. suka-suki dia je.. 

- Favorite Channel Disney Junior.. kat rumah almost 24 jam pasang channel tu je.. Favorite cartoon, Jake and the Neverland Pirates. Kalau tgk cartoon ni mmg tak bergerak2 duduk je depan tv tu..

- Suka jugak main puzzle..selalunya mama yang tukang susun puzzle, rayyan tukang tepuk tangan je.. :D

- Suka dipuji kalau berjaya buat sesuatu.. misalnya berjaya tutup lampu so everyone kena tepuk tangan.. yeayyy clap your hand

- Suka main pusing2 sampai pening.. pastu bila nak jalan dah terhoyong-hayang.. so funny

- Kalau makan & minum mesti cakap “mmm dapp!!” 

Macam-macam lagi kerenah Rayyan Adam yang menceriakan hidup saya.. Sesungguhnya saya bersyukur Allah mengurniakan anugerahnya ini ketika saya hampir putus asa. Mama doakan Muhammad Rayyan Adam sihat selalu, membesar dengan sempurna, cerdik dan ceria dan menghormati orang tua.. Grow my baby grow.. You have your whole life ahead of you...


Thursday, 26 July 2012

Rayyan Adam turns 2!!


My cutie pie, Muhammad Rayyan Adam turns 2 yesterday, 25 July.. Alhamdulillah,i'm so grateful to have him in my life.. He's my miracle.. Mama n Papa loves u so much, baby.. tomei-tomei mama.. :D