Friday, 27 July 2012

Dah besar anak mama!!

Sedar tak sedar, anak kesayangan saya Muhammad Rayyan Adam dah mencecah usia 2 tahun. Rasa macam baru je lahirkan dia, pastu sambut 1st Birthday, sekarang sambut Birthday yang ke-2 pula.. Sekejap je masa berlalu..

Perkembangan Rayyan Adam umur 2 tahun ni..

- Dah boleh sebut 1, 2, 3. Setiap kali naik tangga atau susun mainan2 dia mesti mengira tapi sampai 3 je la..

- Suka bercakap dalam bahasa German..hehe bahasa dia la.. x faham langsung apa dia ckp.. favorite words, jabeje jabeje jabeje.. mesti sebut 3 kali.. tak taulah apa maknanya.. 

- Paling suka baca buku.. asal nampak buku je mesti selak2 pastu baca kuat2

- Suka main blocks.. suka susun blocks tinggi-tinggi

- Dah pandai guna iPhone mama.. terer dah main Apps for kids yang mama download.. laju je jari tu touch screen phone tu..  tak kasi can mama nak guna. Yang geramnya bila dah bosan dia campak je iPhone tu.. suka-suki dia je.. 

- Favorite Channel Disney Junior.. kat rumah almost 24 jam pasang channel tu je.. Favorite cartoon, Jake and the Neverland Pirates. Kalau tgk cartoon ni mmg tak bergerak2 duduk je depan tv tu..

- Suka jugak main puzzle..selalunya mama yang tukang susun puzzle, rayyan tukang tepuk tangan je.. :D

- Suka dipuji kalau berjaya buat sesuatu.. misalnya berjaya tutup lampu so everyone kena tepuk tangan.. yeayyy clap your hand

- Suka main pusing2 sampai pening.. pastu bila nak jalan dah terhoyong-hayang.. so funny

- Kalau makan & minum mesti cakap “mmm dapp!!” 

Macam-macam lagi kerenah Rayyan Adam yang menceriakan hidup saya.. Sesungguhnya saya bersyukur Allah mengurniakan anugerahnya ini ketika saya hampir putus asa. Mama doakan Muhammad Rayyan Adam sihat selalu, membesar dengan sempurna, cerdik dan ceria dan menghormati orang tua.. Grow my baby grow.. You have your whole life ahead of you...


Thursday, 26 July 2012

Rayyan Adam turns 2!!


My cutie pie, Muhammad Rayyan Adam turns 2 yesterday, 25 July.. Alhamdulillah,i'm so grateful to have him in my life.. He's my miracle.. Mama n Papa loves u so much, baby.. tomei-tomei mama.. :D

Friday, 23 March 2012

Draw Something!!!

I'm seriously crazy in love with this game- Draw Something...
It's fun fun fun.. 
You can spend hours and hours drawing and not get bored.. 

1st you choose your opponent, then you draw & let them guess what it is..
then it's your turn to guess your opponent's drawing and so on..
Test your drawing skill and show your creativity!!  Memang best!!!

Dengar cerita Zynga dah beli game ni dari pengeluar asal..
So ramai yang boleh enjoy game ni lepas ni..


Basic Game Info

Developed By: OMGPOP
Price: Free, with ads-free updgrade available for $0.99
Compatible With: iPhones, iPads, Android Devices
Where To Get It: App Store or Android Market








(Pictures Courtesy of Google)

Friday, 16 March 2012

Kenali Petanda-petanda Awal Masalah Kesuburan


Sharing is Caring lagi..
Info berguna untuk panduan bersama.
Sumber dari www.mudahhamil.com


Simtom umum terhadap masalah ketidaksuburan adalah kegagalan untuk hamil setelah mencuba selama setahun tanpa sebarang penggunaan kaedah perancang. Setelah itu, barulah dikatakan bahawa anda termasuk dalam golongan yang menghadapi masalah kesuburan. 

Terdapat beberapa simtom-simtom lain yang mungkin ada kaitan dengan masalah kesuburan. Berikut kami kemukan beberapa persoalan untuk dijawab oleh anda dan pasangan. Anda cuba perhatikan petanda-petanda ini. Jika anda lambat mendapat zuriat dan mendapati bahawa terdapat jawapan ‘ya’ bagi mana-mana persoalan-persoalan ini, anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk kepastian dan khidmat nasihat lanjutan.



Adakah kitar haid anda tidak teratur?
Jika kitar haid anda kurang dari 24 hari atau lebih daripada 35 hari, atau juga tidak tetap jumlah harinya, anda perlu rujuk kepada doktor. Kitar haid yang tidak teratur boleh jadi satu simtom kepada masalah ovulasi.

Adakah anda mengalami sebarang pendarahan?
Jika terdapat sebarang pendarahan yang kuat atau pendarahan yang berbeza-beza dari segi warna dan kekerapan, ia bukanlah satu petanda yang baik. Segera rujuk kepada klinik-klinik berdekatan.

Adakah anda berusia lebih dari 35 tahun?
Takrif ketidaksuburan terhadap mereka yang berumur 35 tahun keatas bukan lagi setelah mencuba selama 1 tahun, tetapi jika gagal hamil setelah mencuba selama 6 bulan, anda perlu segera mendapatkan nasihat doktor. Bagi golongan ini, masa tidak memihak kepada mereka.

Adakah suami mengalami masalah mati pucuk?
Masalah kesuburan bagi lelaki biasanya melibatkan kuantiti sperma yang rendah atau kualiti sperma dari segi pergerakan. Masalah ini anda tidak dapat kenalpasti dengan sendiri. Ia perlu melalui suatu ujian khas iaitu Analisis Sperma yang boleh dilakukan di mana-mana klinik. Tetapi jika si suami mengalami masalah dari segi hubungan kelamin seperti mati pucuk, maka ia juga boleh jadi punca sukar hamil.

Adakah anda terlebih atau terkurang berat badan?
Berat badan yang berlebihan atau terlalu kurus boleh menyebabkan sukar hamil. Untuk pastikan sama ada anda termasuk dalam golongan ini atau tidak, sila periksa BMI anda di laman ini.http://www.vertex42.com/Calculators/bmi-calculator.html

Adakah anda pernah mengalami keguguran 3 kali berturut-turut?
Ramai yang salah faham bahawa takrif tidak subur atau mandul hanya merujuk kepada keadaan seseorang yang gagal hamil sahaja. Tetapi wanita yang kerap gugur juga termasuk dalam golongan ini. Keguguran melibatkan 10%-20% daripada jumlah kehamilan yang dilaporkan. Doktor akan membuat ujian-ujian fertiliti terhadap seseorang wanita itu hanya setelah mengalami kguguran 3 kali berturut-turut.

Adakah anda dan pasangan mengalami sebarang sakit kronik seperti kencing manis, tiroid, dan hypertension?
Penyakit-penyakit di atas, termasuk kaedah-kaedah rawatannya boleh memberi kesan terhadap kesuburan. Menurut ’The American Fertility Assocation’, penyakit-penyakit seperti diabetes dan hipertiroid boleh menyebabkan masalah kesuburan. Insulin, antidepressant dan hormon tiroid boleh mengganggu kawalatur kitar haid. Sesetengah ubat untuk hypertension pula boleh mengganggu kesuburan lelaki.

Adakah anda dan pasangan merokok dan mengambil minuman beralkohol?
Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kesan tabiat ini terhadap kesuburan lelaki dan wanita. Jika anda tiada masalah kesuburan sekalipun, hentikanlah tabiat-tabiat ini.