Thursday 1 November 2012

PERTOLONGAN CEMAS-SITUASI 1


(Sumber dari Majalah mami & baby)

Bolehkah anda menangani situasi kecemasan?

Setiap tahun, kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke hospital akibat insiden yang berlaku di rumah... Jika anda menyaksikan satu insiden, apakah yang perlu anda lakukan?

Apa kata kita test pengetahuan kita tentang situasi kecemasan.. Cuba jawab soalan yang saya paparkan nanti.. Kadang-kadang kita selalu baca tentang pertolongan cemas tapi bila anak kita ditimpa kemalangan di rumah, mampukah kita menanganinya??

Situasi 1:

Anak anda tertelan bahan pencuci baju. Apa tindakan anda?

Pilih a, b , c atau d

a. Membantunya untuk memuntahkan diri

b. Berinya biskut untuk membantunya membilas

c. Berinya minum air atau susu

d. Cepat-cepat hubungi doktor atau bahagian kecemasan dan beritahu mereka apa yang terjadi kepada anak anda

Jawapannya:

d

Cepat-cepat hubungi doktor atau bahagian kecemasan dan beritahu mereka apa yang terjadi kepada anak anda


Jika anak anda tertelan sesuatu yang merbahaya, hubungi talian kecemasan 999 dan beritahu mereka insiden yang berlaku. 

Jangan paksa anak anda memuntahkan semula - jika bahan yang ditelan itu tajam, ia boleh membakar tekak dan mulut anak anda untuk kali kedua ketika dia memuntahkan semula. 

Jangan berinya apa-apa untuk dimakan atau minum kerana ia boleh menyebabkan bahan-bahan yang ditelan tadi terhadam dengan cepat.

No comments:

Post a Comment