Monday 5 November 2012

PERTOLONGAN CEMAS-SITUASI 3


(Sumber dari Majalah mami & baby)

Bolehkah anda menangani situasi kecemasan?

Setiap tahun, kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke hospital akibat insiden yang berlaku di rumah... Jika anda menyaksikan satu insiden, apakah yang perlu anda lakukan?

Apa kata kita test pengetahuan kita tentang situasi kecemasan.. Cuba jawab soalan yang saya paparkan nanti.. Kadang-kadang kita selalu baca tentang pertolongan cemas tapi bila anak kita ditimpa kemalangan di rumah, mampukah kita menanganinya??

Situasi 3:


Anak anda terkena tumpahan air teh panas dan badannya melecur agak teruk. Tindakan anda ialah...
Pilih a, b , c atau d

a. Tuamkan ketulan ais ke atas kulitnya yang melecur

b. Sapukan mentega ke atas lecuran itu

c. Sapu air sejuk di atas kawasan kulit yang melecur

d. Selimutkan badan anak anda dengan kain bersih

Jawapannya:

Sila Klik pada Read More...


c dan d


Sapu air sejuk di atas kawasan kulit yang melecur

Selimutkan badan anak anda dengan kain bersih


Cepat-cepat letakkan air sejuk di kawasan yang melecur dan biarkan selama 10 minit. Apa yang anda lakukan dalam beberapa minit terawal akan memberikan kesan yang panjang.

 Jika kawasan yang melecur itu besar, letakkan anak anda di bawah pancuran air.

Jila kawasan lecuran itu kecil, selaputkan kawasan yang melecur itu dengan pembalut plastik (cling film) atau kain yang bersih.

Jangan letakkan ais atau kulitnya akan melecur sejuk.

Jika anda sapukan mentega atau apa sahaja bahan berminyak, lecuran akan menjadi semakin teruk kerana ia akan memanaskan kulit.

No comments:

Post a Comment