Wednesday 7 November 2012

PERTOLONGAN CEMAS-SITUASI 4




(Sumber dari Majalah mami & baby)

Bolehkah anda menangani situasi kecemasan?

Setiap tahun, kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke hospital akibat insiden yang berlaku di rumah... Jika anda menyaksikan satu insiden, apakah yang perlu anda lakukan?

Apa kata kita test pengetahuan kita tentang situasi kecemasan.. Cuba jawab soalan yang saya paparkan nanti.. Kadang-kadang kita selalu baca tentang pertolongan cemas tapi bila anak kita ditimpa kemalangan di rumah, mampukah kita menanganinya??

Situasi 4:


Bayi anda secara tidak sengaja termakan najis haiwan. Apa yang perlu anda lakukan sebelum membawanya berjumpa doktor?

Pilih a, b , c atau d

a. Bersihkan di sekitar bawah kuku

b. Memaksanya memuntahkan semula

c. Basuh mulutnya dengan air

d. Bilas mulut anak anda dengan pencuci mulut

Jawapannya:

Sila Klik pada Read More...


c dan a


Basuh mulutnya dengan air

Bersihkan di sekitar bawah kuku


Basuhkan mulut dengan air (jangan beri bayi anda pembasuh mulut kerana dikhuatiri dia akan menelannya), kemudian bawa anak anda berjumpa doktor.

Bersihkan juga di sekitar bawah kuku anda kerana khuatir dia akan memasukkan jari ke dalam mulutnya.

Terdapat banyak bakteria dalam najis haiwan yang mana boleh membawa kepada keracunan makanan.

Haiwan seperti anjing contohnya, membawa toksokariasis (cacing gelang) dan anak anda perlu perlu menjalani ujian darah jika dia termakan najis tersebut. Rawatan ubat pembunuh cacing akan diberi.

Najis kucing pula membawa toxoplasmosis yang boleh membahayakan kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment