Thursday 22 November 2012

PERTOLONGAN CEMAS-SITUASI 5

(Sumber dari Majalah mami & baby)

Bolehkah anda menangani situasi kecemasan?
Setiap tahun, kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke hospital akibat insiden yang berlaku di rumah... Jika anda menyaksikan satu insiden, apakah yang perlu anda lakukan?
Apa kata kita test pengetahuan kita tentang situasi kecemasan.. Cuba jawab soalan yang saya paparkan nanti.. Kadang-kadang kita selalu baca tentang pertolongan cemas tapi bila anak kita ditimpa kemalangan di rumah, mampukah kita menanganinya??

Situasi 5:


Anak anda yang berusia 9 bulan tertelan alat permainan yang kecil. Apa yang perlu anda lakukan?

Pilih a, b , c atau d

a. Goncangkan tubuhnya dan berharap bahawa alat permainan itu akan terkeluar dengan sendirinya

b. Buangkan apa sahaja benda atau makanan yang ada di dalam mulutnya

c. Tundukkan badannya dengan tangan anda memeluk badannya dan tepuk belakangnya

d. Berinya minum untuk mencuci tekaknya

Jawapannya:

Sila Klik pada Read More...


b dan c


Buangkan apa sahaja benda atau makanan yang ada di dalam mulutnya

Tundukkan badannya dengan tangan anda memeluk badannya dan tepuk belakangnya


Anda perlu menundukkan tubuh anak anda ke depan, menyokong dagu dan bahu dengan tangan anda. Dengan tangan lain, tepuk belakangnya lima kali di antara tulang bahunya dan periksa sama ada alat permainan itu sudah terkeluar pada setiap tepukan anda.

Jika tidak berkesan, hubungi ambulans dan terlentangkan bayi anda ke atas. Letakkan dua jari di bahagian ulu hatinya dan tekan perlahan-lahan sebanyak 5 kali, yang mana boleh menyebabkannnya terbatuk lalu mengeluarkan alat permainan itu.

Jangan goncangkan bayi anda kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepala.


Jika anda terlihat objek itu tersekat di tekaknya, cuba keluarkannya.


(Gambar sumber dari Google)











No comments:

Post a Comment