Thursday 1 November 2012

PERTOLONGAN CEMAS-SITUASI 2



(Sumber dari Majalah mami & baby)

Bolehkah anda menangani situasi kecemasan?

Setiap tahun, kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke hospital akibat insiden yang berlaku di rumah... Jika anda menyaksikan satu insiden, apakah yang perlu anda lakukan?

Apa kata kita test pengetahuan kita tentang situasi kecemasan.. Cuba jawab soalan yang saya paparkan nanti.. Kadang-kadang kita selalu baca tentang pertolongan cemas tapi bila anak kita ditimpa kemalangan di rumah, mampukah kita menanganinya??

Situasi 2:


Anak anda jatuh tangga dan kemungkinan patah tangan. Apa yang perlu anda lakukan sebelum meminta bantuan kecemasan?

Pilih a, b , c atau d

a. berinya ubat untuk melegakan kesakitan

b. angkat anak anda dan bawanya ke tempat yang lebih selesa

c. Dudukkan anak anda dan buatkan penganduh untuk menyokong tangannya

d. Memberinya sesuatu yang manis untuk dimakan bagi merawat rasa terkejutnya

Jawapannya:

Sila Klik pada Read More...


c

Dudukkan anak anda dan buatkan penganduh untuk menyokong tangannya

Dudukkan anak anda dan letakkan tangannya perlahan-lahan ke dadanya, kemudian buatkan penganduh untuk menyokong tangan anak anda dengan kain besar yang boleh dilipat menjadi tiga segi dan ikatkannya ke leher. Ini bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara lain yang tidak diingini.

Jangan biarkan anak anda bergerak sehingga anda selesai mengikat penganduh.

Jangan berinya minum atau makan kerana dikhuatiri anak anda memerlukan pembedahan apabila dia pergi ke hospital.

Jika insiden tangan patah, adalah lebih selamat jika anda sendiri memandunya ke hospital, tetapi jika kaki yang patah, hubungi ambulans untuk bantuan.

No comments:

Post a Comment